Home / Bola Sepak / #LigaPerdana2017 – Kuala Lumpur buat Sabah gigit jari.

#LigaPerdana2017 – Kuala Lumpur buat Sabah gigit jari.

Pemain Pasukan Kuala Lumpur meraikan gol kemenangan pasukan mereka dalam perlawanan menentang Sabah di Stadium Likas. Gambar oleh Darren Liew © SukanMalaysiaDotMY

Pemain Pasukan Kuala Lumpur meraikan gol kemenangan pasukan mereka dalam perlawanan menentang Sabah di Stadium Likas. Gambar oleh Darren Liew © SukanMalaysiaDotMY

Kota Kinabalu , 26 Januari 2017 : Kelebihan bermain di tempat sendiri ternyata tidak memberi kelebihan kepada pasukan Sabah apabila tewas kepada pasukan Kuala Lumpur, 1-2 dalam aksi Liga Perdana 2017 di Stadium Likas, Sabah malam tadi.

Igor Cerina meraikan gol jaringan beliau untuk pasukan Sabah pada minit ke-20. Gambar oleh: Augustine Jumat/Sukanmalaysiadotmy

Igor Cerina meraikan gol jaringan beliau untuk pasukan Sabah pada minit ke-20. Gambar oleh: Augustine Jumat/SukanmalaysiaDotMY

Perlawanan yang berlangsung sengit menyaksikan pasukan Sabah terlebih dahulu mengatur gerakan berbahaya ke pintu gol Kuala Lumpur. Hasilnya pada minit ke 19, pasukan Sabah terlebih dahulu membuka jaringan melalui pemain pertahanan Igor Cerina.

Aksi pemain Sabah dan Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Perdana 2017 di Stadium Likas. Jaringan gol pertama pasukan Sabah dalam perlawanan Sabah menentang Kuala Lumpur di jaringkan oleh Igor Cerina pada minit ke-20. Gambar oleh: Darren Liew /SukanmalaysiaDotMY

Tidak goyah dengan gol awal pasukan Sabah, pasukan pelawat mula menyusun permainan dan hasilnya pada minit ke 29,  Nicolas Alejandro menjaringkan gol penyaman buat pasukan Kuala Lumpur.

Permainan terus rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan namun tuah lebih memihak kepada pasukan Kuala Lumpur apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir permainan melalui pemain gantian yang juga bekas pemain PDRM, Guilherme De Paula Lucrecio pada minit ke 88 ..

Keputusan Penuh Sabah 1-2 Kuala Lumpur.