Home / Bola Sepak / LIGA SUPER MALAYSIA 2020 : RANGKUMAN PERLAWANAN PILIHAN LS2

LIGA SUPER MALAYSIA 2020 : RANGKUMAN PERLAWANAN PILIHAN LS2

Melaka United menghela nafas lega apabila tiada pasukan yang mampu mencabar kedudukan mereka di posisi teratas pada waktu ini.

Sekalipun berkongsi 6 mata bersama JDT namun kemenangan keatas UiTM FC membolehkan Melaka United kekal di puncak dengan kelebihan jaringan.

Perak yang mengikat Selangor berada di tangga ketiga sambil diekori Sabah yang melonjak ke tangga keempat apabila mengejutkan Felda United 3-1.

Di Stadium Sultan Ibrahim juara bertahan Liga Super Malaysia musim 2019 JDT terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 2-1 keatas pendatang baharu UiTM FC.

Dengan kehadiran 24,000 penyokong JDT membariskan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang Suwon FC pada aksi Juara Juara Asia baru-baru ini.

JDT tidak mengambil masa yang lama bagi menjaringkan gol pembukaan menerusi Diogo Santo pada minit ke-9.

Bagaimanapun JDT dikejutkan dengan gol penyamaan UiTM FC 10 minit kemudian menerusi Victor Nirennold.

Aksi separuh masa kedua terus mencemaskan JDT apabila UiTM FC acapkali melancarkan serangan.

JDT kembali fokus dan hasilnya Mohd Nazmi Faiz Mansor muncul wira apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-70.

Di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah berjaya meraih kemenangan pertama dalam kancah Liga Super apabila cemerlang menewaskan Felda United 3-1.

Sabah selesa mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi tandukan Rodoljub Paunovic pada minit ke-12 dan Park Tae Su pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua Felda United merapatkan kedudukan menerusi rembatan pemain import dari Singapura Khairul Amri pada minit ke-73.

Namun menerusi pendekatan yang sama Maxsius Musa menjarakkan kedudukan menerusi jaringannya 4 minit kemudian.

Di Stadium Darul Aman Alor Setar, empat gol yang dijaringkan pemain import Terengganu Dominique da Silva membolehkannya melakar nama sebagai pemain import pertama melakukan jaringan hatrik Liga Malaysia musim 2020.

Da Silva membuktikan bahawa beliau merupakan penggempur yang perlu diberi perhatian lawan apabila menjadi pencetus kebangkitan skuad kendalian Nafuzi Zain untuk mengatasi Kedah 4-3 sekalipun ketinggalan 1-3 pada satu ketika.

Dominique mencatatkan nama selaku penjaring pada minit ke-3 selepas menanduk masuk sepakan sudut Lee Tuck.

Bagaimana pun Kedah mengimbangi perlawanan dengan gol pantas jaringan Renan Alvez pada minit ke-19 dan Kpah Sherman 2 minit kemudian untuk membolehkan Kedah mendahului 2-1.

Bersambung selepas rehat Kedah menambah gol ketiga menerusi Tchetche Kipre yang bijak melepasi benteng pertahanan Terengganu pada minit ke-61 untuk Kedah selesa didepan dengan kedudukan 3-1.

Namun kealpaan barisan pertahan Kedah selepas itu yang berpuashati dengan keputusan semasa mula memakan diri.

Da Silva sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila jaringannya pada minit ke-64 membolehkan Terengganu merapatkan defisit.

Seperti pembunuh senyap Da Silva mencipta sensasi di Stadium Darul Aman apabila meledak hatrik ke-81 sekaligus mengikat kedudukan 3-3.

Kebangkitan Kedah selepas itu nyata terlambat apabila da Silva semakin garang menerusi ketajamannya untuk menjaringkan gol keempat buat dirinya dan sekaligus kemenangan buat Terengganu.

Di Stadium Nasional Bukit Jalil Selangor dan Perak akur berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1.

Perak lebih awal mengucar ngacirkan pertahanan Selangor dan hasilnya jaringan Shahrel Fikri membolehkan The Bos Gaurus mendahului pada minit ke-9.

Tersentak dengan jaringan itu Selangor kembali mengatur asakan berbahaya ke kubu Perak. Ifedayo berjaya menanduk masuk menerjah gawang Perak pada minit ke-31 perlawanan membolehkan Selangor mengikat Perak.

Foto : Zaid Ayid

Kedua-dua pasukan cuba mencari gol tambahan pada babak kedua bersambung namun kegagalan jentera serangan masing-masing gagal memanfaatkan peluang yang terhidang seterusnya menyaksikan kedua-dua pasukan akur berkongsi mata.

Sementara itu dalam saingan Liga Premier Pulau Pinang berjaya melonjak ke tangga keatas selepas berjaya mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut.

Skuad kendalian Mansur Azwira itu cemerlang menundukkan Selangor 2 4-1. Juga mencatatkan kemenangan Kuala Lumpur yang menewaskan Negeri Sembilan 2-1 manakala Sarawak United membenam JDT2 4-1.