Home / Bola Sepak / Liga Super 2014 : ATM Bermula Dengan Langkah Kanan

Liga Super 2014 : ATM Bermula Dengan Langkah Kanan

Pemain Sarawak cuba mengatasi pemain ATM dalam perlawanan Liga Super 2014. Gambar Oleh MS Wan

ATM membuktikan mengapa mereka merupakan antara pencabar yang harus dihormati dalam persaingan Liga Super 2014, apabila mudah meratah pasukan Sarawak, dengan jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Bermula agak perlahan, Sarawak dilihat lebih dulu mengasak dan menyerang ke kawasan ATM. Pertahanan baru ATM, Space Dilevksi terlebih dahulu diuji oleh barisan penyerang Sarawak, namun Dilevksi ternyata tenang mengawal benteng beliau dan bijak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Tertekan dengan corak permainan menyerang pasukan Sarawak, ATM mula mengatur corak permainan melalui Juan Arostegui yang bertindak sebagai general ditengah padang mengantikan Bruno Marteleto yang tidak diturunkan akibat kecederaan.

K Reuben diasak oleh pemain Sarawak dalam perlawanan Liga Super 2014. Gambar Oleh MS Wan

Hasil satu gerakan dari jentera tengah pada minit ke 15, Marlon berjaya meloloskan diri dari perangkap offside pasukan Sarawak dan melambungkan bola melepasi penjaga gol Sarawak, Sani Anuar untuk gol pertama pasukan ATM.

Marlon sekali lagi berjaya melepasi perangkap offside pasukan Sarawak pada minit ke 24, namun sepakan Marlon melepasi palang gol walaupun sekadar berhadapan dengan penjaga gol Sarawak.

Ketika pasukan Sarawak cuba mencari semula rentak permainan, Christie Jayaseelan yang menerima umpanan dari Arostegui bijak mengawal bola dan melepasi dua pemain pertahanan Sarawak sebelum melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol Sarawak untuk gol kedua pasukan ATM pada minit ke 35.

Sarawak kembali mengasak melalui rangkaian penyerang import, Milorad Janjus dan Alireza Abasfrad, namun Syed Adney membuktikan mengapa beliau layak menjadi penjaga gawang no 1 ATM apabila mengagalkan 3 peluang satu lawan satu dihadapan pintu gol ATM.

Separuh masa kedua permainan menyaksikan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan demi serangan namun kegagalan penyerang kedua-dua pasukan mencetak jaringan menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan ATM berjaya menewaskan Sarawak dengan 2-0.

Gambar Oleh MS Wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*