Home / Lain - Lain / LIGA SEPAK TAKRAW (STL) BAKAL KEMBALI

LIGA SEPAK TAKRAW (STL) BAKAL KEMBALI

Arena sepak takraw negara kembali menggegarkan apabila Liga Sepak Takraw (STL) dijadualkan kembali pada 8 September depan.

Dengan pandemik Covid-19 yang melanda saingan format pertandingan berubah mengikut tempuh masa lebih singkat selain tanpa penonton mengiringi 10 pasukan di Divisyen 1.

Liga Sepak Takraw (STL) bakal memulakan saingannya pada 8 hingga 13 September pada kelas utama divisyen 1.

10 pasukan yang mengambil bahagian diperkenalkan iaitu PDRM Defenders, Negeri Sembilan Antlers, Kelantan Warriors, Penang Black Panthers, Johor Tigris, ATM Guardians, Perak Bison dan KL Thunder serta dua pasukan yang dinaikkan dari divisyen 2 iaitu Pahang Mammoth dan Selangor Pistons.

Walaupun tanpa tonggak import rata-rata pasukan sudah memulakan persiapan sejak sebulan lalu di pengkalan masing-masing kecuali pemain kebangsaan yang menjalani latihan pusat di ibu negara.

Perak Bison menjadi pasukan pilihan selaku juara liga tahun lalu disertai dengan Johor Tigres selaku pemenang Champions Cup dan turut menjadi bualan KL Thunders yang diperkuatkan dengan dua pemain berwibawa Mohd Shahir Rosli dan Mohd Azlin Alias.

Divisyen dua menyusul dengan jangka masa yang lebih lama iaitu 8 September hingga 15 November sebelum 6 pasukan teratas divisyen 1 dan 2, terbaik divisyen 2 layak ke Champions Cup pada 23 hingga 29 November.

Saingan liga diadakan di Stadium Tertutup Titiwangsa Kuala Lumpur sebelum ke venue seterusnya di Stadium Iskandar Johor Bahru diiringi gari panduan tertentu serta tanpa kehadiran penonton disebabkan penularan Covid-19.