Home / Bola Sepak / LIGA MALAYSIA 2020 : RANGKUMAN PERLAWANAN LS7

LIGA MALAYSIA 2020 : RANGKUMAN PERLAWANAN LS7

Kekalahan Terengganu kepada Johor Darul Ta’azim (JDT) pada aksi ketujuh menyebabkan skuad penyu kehilangan posisi tangga kedua kepada Perak.

Bagaimanapun kedudukan ini berubah selepas Kedah menumpaskan Felda United 2-1 di Jengka.

Pengusaaan JDT di posisi teratas nampaknya semakin sukar digugat dengan mengumpul 19 mata.

Terengganu FC yang melayan kunjungan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak harus menyalahkan diri sendiri apabila dihukum dengan kesilapan yang membolehkan penyerang lawan Mohd Sapawi Rashid menjaringkan gol awal pada minit ke-5 perlawanan.

Tuan rumah berjaya menyeimbangi permain selepas itu dengan tidak membenarkan lawan menambah jaringan.

Namun kegagalan memadam jaringan JDT sehingga tamat masa perlawanan menyebabkan tuan rumah dipalit dengan kekalahan kedua berturut-turut selain menyaksikan Harimau Selatan ini berkelebihan 8 mata dibezakan dengan pasukan tangga kedua Perak.

Sementara itu satu lagi pertemuan di Stadium Perak yang menyaksikan kunjungan UiTM FC ke Ipoh.

Tewas dalam dua perlawanan sebelum ini asakan tuan rumah membuahkan hasil apabila Mohd Sharel Fikri Mohd Fauzi meletakkan Perak di depan seawal minit ke-4.

Ketinggalan 0-1 UiTM FC cuba bangkit mencari jaringan penyamaan selepas itu dengan mencipta beberapa peluang terbaik tetapi dihampakan dengan penyudah yang lemah dan kekentalan tuan rumah bertahan.

Perak juga boleh melebarkan jaringan namun keputusan penuh 1-0 di hujung permainan memadai buat mereka mengutip tiga mata dan naik ke tangga kedua dari tempat ketujuh.

Dalam satu lagi pertembungan Selangor dan Melaka pula terlepas peluang untuk menduduki tangga kedua liga selepas terpaksa berpuashati dengan berkongi satu mata.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam Melaka yang terlebih dahulu memimpin permainan dengan jaringan pembukaan minit ke-39 menerusi Uche Agba namun kegembiraan itu tidak bertahan lama selepas Sandro Da Silva menyamakan jaringan seminit berselang buat tuan rumah.

Hasrat untuk menyaksikan pertambahan jaringan selepas rehat meleset apabila kedudukan 1-1 kekal 90 minit permainan biar pun Selangor kehilangan Brandan Gan yang mengutip kad kuning kedua di hujung perlawanan.