Home / Lain - Lain / Li Rui latih skuad terjun negara

Li Rui latih skuad terjun negara

Persatuan Renang Amatur Malaysia lantik Li Rui dari China sebagai jurulatih baharu terjun negara.

Li Rui yang akan memulakan tugas selepas Tahun Baru Cina akan sertai dua lagi pengendali kebangsaan bagi mempersiapkan skuad terjun negara ke Sukan Olimpik 2020.

Berusia 41 tahun Li Rui sebelum ini pernah mengendalikan salah sebuah kelab di Kanada selain melatih juara dunia,  Si Yajie dan Qin Kai ketika zaman remaja mereka, akan bergandingan bersama-sama Li Teng dan Christian Brooker melatih skuad terjun negara. 

“Saya mengharapkan ketiga-tiga jurulatih ini, Li Rui, Li Teng dan Brooker dapat bergabung tenaga menggunakan kepakaran dan pengalaman yang ada untuk membantu atlet terjun negara ke tahap lebih tinggi,” katanya yang memaklumkan Li Rui akan tiba di negara ini selepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina Februari nanti. 

Mengulas mengenai hala tuju 2019, Mae berkata buat ketika ini fokus utama penerjun adalah Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Korea 12 hingga 28 Julai ini. 

“Untuk layak ke Olimpik saya rasa tiada masalah buat penerjun negara.  Namun jumlah bilangannya saja belum pasti.