Thompson berjaya melalukan empat birdie dan dua bogey bagi memastikan beliau mengumpul 265 pukulan, 19 di bawah par menamatkan saingan selaku juara kejohanan.
Pemain no 8 dunia, Shanshan Feng dari China berjaya menduduki tempat kedua dengan mancatatkan 269 pukulan, 15 di bawah par untuk membawa pulang US$186,577.00.
Pemain Korea Selatan, Ilhee Lee bagaimanapun gagal mengekalkan prestasi cemerlang pada hari pertama dan kedua kejohanan dan menamatkan siangan pada kedudukan ketiga bersama-sama pemain nombor dua dunia, Suzann Pettersen dengan mencatatkan keputusan keseluruhan 272 pukulan, 12 di bawah par.
Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Inbee Park gagal beraksi cemerlang pada edisi 2013 ini selepas sekadar menamatkan kejohanan pada kedudukan ke 32.

Michelle Koh (kiri) pemain amatur dan pemain Malaysia terbaik pada Kejohanan Golf Sime Darby LPGA 2013.
Sementara itu, Pemain amatur negara Michelle Koh menjadi pemain amatur dan pemain terbaik Malaysia pada kejohanan kali ini. Pemain berusia 23 tahun yang berasal dari Kuantan, membuat 294 pukulan, 10 di atas par, yang menempatkan beliau di kedudukan ke-60 keseluruhan.