Home / Lain - Lain / LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PUSINGAN KELIMA KUALA KUBU BARU – MERU IPOH

LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PUSINGAN KELIMA KUALA KUBU BARU – MERU IPOH

Pelumba Terengganu Inc. TSG Cycling Team Mohd Harris Saleh mencipta sensasi pada pusingan kelima Le Tour de Langkawi (LTDL 2020).

Pakar pecut TSG itu muncul pelumba terpantas pada garisan penamat di Meru Perak dengan catatan masa 3:39:42 saat.

Lebih manis Harris cemerlang mengetepikan cabaran dua pelumba pasukan World Tour Maximilian Walscheid dari NTT Pro Cycling Team dan Matteo Pelucchi dari Bardiani CSF Faizane’ pada saat-saat akhir memaksa mereka terpaksa akur berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Laluan landai peringkat kelima yang bermula dari Kuala Kubu Baru memungkinkan kayuhan kali ini bakal memihak kepada pakar pecut untuk menyerlah.

Itulah yang telah dibuktikan oleh pelumba tempatan Harris Saleh dari pasukan TSG yang merakam kemenangan peringkat kelima.

Kayuhan bertenaga pada 200 meter menuju penamat berjaya membuahkan hasil untuk mengatasi 117 pelumba lain.

Jurang hanya 0.6 saat memisahkan Harris dengan pelumba World Tour iaitu juara peringkat keempat Maximilian Walscheid dari NTT Pro Cycling Team dan Matteo Pelucchi dari Bardiani CSF Faizane’.

Pelumba kelahiran Terengganu ini tidak menjangka dia pertama melepasi garisan penamat sebelum mengetahui beliau mengesahkan perkara berkenaan sejurus tamat perlumbaan.

Reaksi kepuasaan jelas terpancar dari muka Harris yang gembira dengan kejayaan ini selepas sekadar mencatatkan tempat kedua pada saingan kriterium antarabangsa di Kota Kinabalu Sabah Khamis lalu.

Kemenangan ini turut menyaksikan Harris melebarkan rekod kejuaraan peringkat peribadi LTDL sebanyak dua kali. Kali pertama ketika dia mengungguli peringkat kedua LTDL musim lalu di penamat Dataran Pahlawan Bandaraya Melaka sejauh 200.6 km.