Home / Lain - Lain / LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PUSINGAN KEDUA KUALA TERENGGANU – KERTEH

LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PUSINGAN KEDUA KUALA TERENGGANU – KERTEH

Harapan untuk melihat anak jati Terengganu menang di laman sendiri tidak kesampaian sebaliknya pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast Taj Jones mendahului peringkat kedua dari Kuala Terengganu ke Kertih.

Tamat dua perlumbaan di Borneo saingan perlumbaan diteruskan di semenanjung yang menyaksikan Kuala Terengganu menjadi venue perlumbaan peringkat kedua yang tamat di Kerteh dengan jarak perlumbaan sejauh 175.5 km.

Majlis pelepasan 123 pelumba dari 21 pasukan disempurnakan Menteri Besar Terengganu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tepat jam tempat jam 11.55 pagi.

Mereka dibawa mengelilingi bandar Kuala Terengganu sebelum saingan sebenar bermula selepas zon 0 km di Seberang Takir.

Semua pelumba bergerak dalam kelompok besar sebelum lima pelumba membuat break away awal ketika melepasi jarak 40 km di Dungun.

Paling mencuri tumpuan kelibat pelatih negara dalam kelompok hadapan iaitu Nur Aiman Zariff dari Sapura Cycling Team.

Bukan itu sahaja pelumba kelahiran Setiu Terengganu itu tetap cemerlang apabila mengungguli semua tiga zon pecut.

Nur Aiman mengutip 15 mata mendahului peringkat kedua ini terpantas di zon pecut Cendering, Rantau Abang dan Bandar Mukhtafibillah Shah.

Mengekor Nur Aiman empat pelumba lain dalam kelompok pendahulu bagaimana pun tidak kekal lama.

Selepas kembali dikejar Platon belakang pada saingan berbaki 20 km memasuki kawasan Felda Tengkereng 5 menyaksikan kelompok besar pelumba menuju ke kawasan penamat dengan catatan rasmi 4:05:04 saat.

Tempat kedua dimenangi juara kriterium antarabangsa di Kota Kinabalu Sabah Khamis lalu iaitu pelumba NTT Racing Maximilian Richard Walscheld sementara tempat ketiga diungguli Jérémy Lecroq dari pasukan VCB.