Home / Lain - Lain / LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PERINGKAT KETIGA TEMERLOH – KUALA LUMPUR

LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PERINGKAT KETIGA TEMERLOH – KUALA LUMPUR

Majlis pelepasan 122 pelumba dari 21 pasukan berlangsung meriah di Dataran Tun Razak. Buat julung kalinya saingan ketiga ini menawarkan tiga zon mendaki ketika pusingan terdahulu hanya menawarkan zon pecut.

Zon mendaki melibatkan Bukit Damar, Bentong dan Genting Sempah setinggi 645 meter.

Zon mendaki di Bukit Damar dan Bentong menyaksikan kejayaaan pelumba negara yang mewakili Sapura Cycling Team Nur Aiman Zariff.

Tujuh pelumba membuat break away awal ketika melepasi jarak 20 km menyaksikan muka yang sama membuat break away di peringkat kedua semalam dengan tumpuan terarah kepada wakil tunggal negara Nur Aiman dalam kelompok hadapan.

Namun mereka kembali dikejar Peloton belakang tatkala saingan berbaki 20 km di Jalan Gombak.

Walscheid merampas jersi hijau (raja pecut) untuk muncul pelumba terpantas di garisan penamat berhadapan menara berkembar KLCC dengan catatan masa rasmi 3:51:42 saat.

Tempat kedua dimenangi Riccardo Minali dari pasukan Nippo Delko Provence manakala tempat ketiga diraih Ahmet Orken dari Team Sapura Cycling.

Buat kali pertama Federov gagal mempertahankan satu jersi hijau (raja pecut) yang dirampas Walscheid namun tetap berjaya mengekalkan genggaman jersi kuning (keseluruhan) dan jersi putih (terbaik Asia).

Jersi merah dan kuning menjadi milik Nur Aiman yang mengumpul 16 mata.