Home / Lain - Lain / LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PERINGKAT KEENAM TAIPING – PULAU PINANG

LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PERINGKAT KEENAM TAIPING – PULAU PINANG

LTDL 2020 terus mencipta sejarah baru menyaksikan pelumba pasukan Nippo Delko Provence Hideto Nakane meraih kemenangan pertama pada peringkat keenam di penamat Pulau Pinang.

Ini juga merupakan kemenangan pertama dalam kariernya sejak bergelar pelumba professional pada 2011.

Seramai 117 pelumba dari 21 pasukan memulakan saingan di Dataran Warisan Taiping dengan majlis pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Hasrul Zulkarnain tepat jam 12.30 tengahari.

Memasuki fasa kedua perlumbaan saingan bertambah sengit dengan peringkat keenam sejauh 150.9 km bermula dari Taiping dan tamat di Pulau Pinang.

Pusingan ini menawarkan tiga zon pecut dan dua zon mendaki yang mencabar di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang kategori satu dan tamat di Padang Kota Lama.

Cuaca panas terik mencecah 35 darjah celcius jelas merencatkan momentum pelumba yang berkayuh dalam tempoh perlahan.

Lapan pelumba membuat breakway ketika memasuki jambatan Sultan Abd Halim Muadzam Shah tumpuan terarah kepada pelumba Terengganu Cycling Team Metkel Eyob dan pelumba dari Bridgelande.

Memasuki zon mendaki di Teluk Kumbar Van Dam menguatkuatkan kayuhan bagi memungut mata tertinggi sekaligus berseorangan di hadapan dengan jarak masa lebih 3 minit.

Namun berbaki 10 km menuju garisan penamat Van Dan kembali ke dalam peloton dipintas Hideto Nakane dan Gleb Brussenskiy dari pasukan Vino Astana.

Hasilnya Nakane dan Brussenskiy bersaing menuju ke garisan sebelum Nakane terpantas dengan catatan masa rasmi 3:39:15 saat.

Brussenskiy meraih tempat kedua disamping Samuele Battistella dari NTT Pro Cycling Team ketinggalan empat saat untuk akur ditempat ketiga

.