Home / Lain - Lain / Le Tour De Langkawi 2020 dijangka alami peningkatan kos lojistik

Le Tour De Langkawi 2020 dijangka alami peningkatan kos lojistik

Penganjur perlumbaan Le Tour De Langkawi Human Voyage Sdn Bhd menjangkakan peningkatan kos penganjuran bagi edisi ke-25 tahun hadapan.

Ia berikutan faktor lojistik bagi perlumbaan membabitkan laluan di Sabah dan Sarawak.

Selepas diberikan taraf Pro Series usaha penganjur untuk kembali mengadakan 10 peringkat perlumbaan tidak dapat dilaksanakan selepas badan induk berbasikal dunia (UCI) hanya membenarkan 8 peringkat perlumbaan.

Namun dua perlumbaan tambahan sebelum dan selepas saingan Le Tour De Langkawi 2020 dibenarkan untuk dilaksanakan.

Dimulakan dengan aksi kriterium yang disertai pelumba bawah 23 tahun di Sabah peringkat pertama akan mengambil tempat di Kuching Sarawak sebelum bersambung di Terengganu menuju ke Kuala Lumpur, Genting Highland dan seterusnya ke utara tanahair.

Dengan penamat peringkat kelapan di Alor Star Kedah perlumbaan diteruskan dengan Langkawi Classic Race disertai juara Asia.

Perlumbaan edisi ke-25 LTDL dijadualkan berlangsung dari 7-14 Februari depan menyasarkan penyertaan sehingga 10 pasukan bertaraf Pro Tour.