Home / Lain - Lain / LARIAN DENAI THE NORTH FACE MALAYSIA MOUNTAIN TRAIL FESTIVAL 2019 TARIK 2,100 PENYERTAAN

LARIAN DENAI THE NORTH FACE MALAYSIA MOUNTAIN TRAIL FESTIVAL 2019 TARIK 2,100 PENYERTAAN

Pelari Denmark Christian Joergenson muncul juara Larian Denai The North Face Malaysia Mountain Trail Festival 2019 yang berlangsung di Spritzer Eco Park Taiping Perak.

Kejohanan kali kedua dianjurkan ini berjaya menarik 2100 peserta dari 35 negara selain menjadi lokasi terakhir siri kejohanan Asia Trail Master 2019.

Lima kategori diadakan untuk edisi kali ini dengan tumpuan kepada acara utama 54km diikuti dengan 55km, 25km dan 13km.

Laluan meliputi Bukit Larut Taiping ini menguji peserta dengan pelbagai ketinggian sehingga 5290m mengikut laluan yang ditetapkan.

Berbanding edisi pertama tahun lalu tahun ini larian dinaiktaraf sesuai dengan statusnya sebagai lokasi penutup Asia Trail Master 2019.

Kejohanan anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak ini antara lain bertujuan mempromosikan Taiping sebagai salahsatu destinasi pelancongan dan sukan.

Kehadiran pelari elit dari negara luar juga secara tidak langsung memeriahkan lagi kejohanan ini.

Juara kategori lelaki terbuka 54km dimenangi pelari Denmark Christian Joergenson yang mencatat masa 10:22.24s manakala juara wanita terbuka dimenangi pelari Slovakia Veronika Vladovicova dengan catatan masa 11:34.42s.

Sementara pelari terbaik lelaki dan wanita Malaysia ialah Wilsin Singgin yang mencatat masa 12:06.46s dan Izzah Hazirah Malik 15:10.46s.

MMTF juga diiktiraf sebagai pelumbaan kelayakan untuk kejohanan Ultra Mountain Trail 2020.