Home / Bola Sepak / Langkah MFL memperkenalkan sistem kuota perbelanjaan pasukan disambut positif

Langkah MFL memperkenalkan sistem kuota perbelanjaan pasukan disambut positif

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak menyifatkan langkah MFL melaksanakan sistem kuota perbelanjaan keatas pasukan Liga Malaysia adalah sesuatu yang positif.

Abd Aziz Yob Jamaluddin berkata sistem tersebut terbukti berjaya melangsaikan hutang yang dihadapi kelab Sepanyol dan boleh dipraktikkan MFL ekoran situasi pasukan tempatan bergelut dengan masalah kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar Terengganu mengingatkan kelab atau persatuan bola sepak swasta negeri itu agar mempertimbangkan kedudukan kewangan mereka sebelum menyertai mana-mana liga bola sepak agar kemelut tunggakan gaji yang melanda Terengganu City FC dan Hanelang FC tidak berulang.