Home / Bola Sepak / Lang Merah waspada hadapi Tok Gajah

Lang Merah waspada hadapi Tok Gajah

Debaran aksi separuh akhir Piala Malaysia semakin terasa membabitkan empat pasukan yang mara ke peringkat ini.

Sabtu ini Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melayan kunjungan Selangor di Larkin manakala Pahang akan bertandang ke Alor Setar menentang Kedah.

Kedah selaku juara lima kali fokus mahu memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri apatah lagi berdepan Pahang yang kini berada di tahap prestasi terbaik.

Jurulatih Aidil Sharin Sahak mahu pasukannya tidak mensia-siakan peluang kita berdepan Pahang sekalipun sedar skuad Tok Gajah yang merupakan naib juara Liga Super tidak akan memberikan laluan mudah buat Kedah.

Kedah memerlukan lebih daripada semangat dan pemain perlu menampilkan aksi 100% di Stadium Darul Aman nanti.

Aidil Sharin juga berharap semangat serta peningkatan prestasi yang ditunjukkan pemain sejak aksi kumpulan dan peringkat suku akhir lalu dapat membangkitkan lagi motivasi.

Jentera lawan yang dijana oleh Dickson Nwakame, Lazarus Kaimbi dah Mohamadou Sumareh perlu dilumpuhkan dalam usaha mencari bekalan selesa.

Paling melegakan Aidil adalah kesemua kesebelasan utamanya bebas daripada kecederaan.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Singapura ini mengharapkan sokongan padu daripada seluruh penyokong Kedah dapat memenuhi Stadium Darul Aman bagi memberikan sokongan paling padu pada tahun ini dan juga merupakan perlawanan terakhir dilaman sendiri untuk musim ini.