Home / Bola Sepak / La Liga Sepanyol bantu Liga Bola Sepak Malaysia

La Liga Sepanyol bantu Liga Bola Sepak Malaysia

Tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mahu melaksanakan kawalan ekonomi seperti yang dilakukan oleh La Liga Sepanyol bermula tahun hadapan disifatkan sebagai langkah tepat.

Inisiatif ini dijangka dapat membantu Liga Malaysia menangani masalah kewangan kronik yang dihadapi beberapa pasukan bertanding termasuk hutang diantara kelab dan pemain di Liga M yang kini mencecah RM6.4j.

Wakil La Liga Sepanyol Gioggio Pompili Rossi menerusi penerangan kepada media menjelaskan sistem kawalan ekonomi yang dilaksanakan di Sepanyol berjaya mengurangkan jumlah hutang kelab pada tahun 2012 yang mencatat 340 kes kepada sifat kes pada tahun 2017.

Peraturan ini menyaksikan pasukan yang bermasalah berjaya melangsaikan hutang-hutang dalam tempoh 5 tahun.

Sebelum ini Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) mendedahkan tunggakan gaji pemain bola sepak di Malaysia hampir mencecah RM6.4j .

Dengan perlaksanaan kawalan ekonomi ini MFL percaya dapat menggerak Pelan Halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (F30) mahupun MEX50.