Home / Lain - Lain / Kuala Lumpur OCBC Cycle 2019 tarik lebih 2000 penyertaan

Kuala Lumpur OCBC Cycle 2019 tarik lebih 2000 penyertaan

Perlumbaan basikal Kuala Lumpur OCBC Cycle 2019 memasuki edisi ke-8 tahun ini dan seperti dijangka sambutan menggalakkan diterima penganjur dengan lebih 2000 peserta dengan dari 25 negara hadir mengambil bahagian pada saingan edisi kali ini.

Bermula seawal jam enam pagi di Dataran Merdeka seramai kira-kira 2,300 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan Kuala Lumpur OCBC Cycle ini.

Ini jelas mendapat sambutan hangat dan mendapat penyertaan terbesar lebih-lebih lagi penyenaraian acara baru 21km selain acara asal 42km sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Bagi kategori 42km perlumbaan turut dipecahkan kepada dua kelas iaitu Road Bike dan Mountain Bike.

Seperti dijangka kelas Road Bike berjaya diungguli pelumba negara Ng Yong Lee menerusi catatan 1.07:48 saat.

Sementara kelas Moutain Bike Mohd Zukri Zahir terpantas dengan masa 1.08:03 saat.

Edisi 2020 tahun depan penganjur mengharapkan penyertaan lebih ramai peserta untuk dijadikan sebagai salah satu acara bagi tahun melawat Malaysia.