Home / Lain - Lain / KRM RANCANG GUNA KHIDMAT TENAGA PAKAR ASING BAGI MEMANTAPKAN PASUKAN 7S NEGARA

KRM RANCANG GUNA KHIDMAT TENAGA PAKAR ASING BAGI MEMANTAPKAN PASUKAN 7S NEGARA

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) merancang untuk menggunakan khidmat tenaga pakar asing untuk memantapkan pasukan 7S negara.

Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata pihaknya telah mengenalpasti seorang jurulatih dari New Zealand dan sedang mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk langkah selanjutnya.

Usaha itu antara perancangan KRM menerusi program pembangunan ragbi negara (NRDP) untuk melayakkan skuad negara ke Piala Dunia 2013 dan skuad 7S ke Sukan Olimpik 2028.

Pelan jangkamasa panjang KRM diperkukuhkan lagi dengan kerjasama bersama Yayasan Sime Darby (YSD) sempena Karnival Ragbi NRDP 2020 yang berlangsung di UPM Serdang.

Edisi keempat karnival selama dua hari itu menyaksikan penyertaan 180 sekolah rendah, menengah dan kelab komuniti dalam kategori peringkat umur juga antara medan pemilihan B19 dan B20 Kebangsaan.

Menerusi kolaborasi ini YSD turut menyumbang RM1.4j untuk memperkasakan program pembangunan KRM.