Home / Lain - Lain / KRM CADANG HAD UMUR PEMAIN RAGBI KE SUKMA DITURUNKAN

KRM CADANG HAD UMUR PEMAIN RAGBI KE SUKMA DITURUNKAN

Atas dasar pembangungan sukan ragbi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kesatuan Ragbi Malayisa (KRM) mencadangkan had umur penyertaan sukan ragbi diturunkan kepada bawah 19 tahun.

Selain itu KRM juga berharap Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bertanding sebagai pasukan berlainan di SUKMA.

Menurut naib presiden KRM Fahmy Jalil dengan pengasingan tiga negeri itu kelompok pemain yang bertanding akan lebih besar sekali gus membantu program sukan ragbi di SUKMA berbanding digabungkan sebagai satu pasukan mewakili Wilayah Persekutuan.

Beliau menghadapi mesyuarat bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelang temasya SUKMA Johor.

KRM turut mencadangkan agar had umur maksimum beraksi di SUKMA diturunkan daripada 21 tahun ke 19 tahun.

Ini adalah sebagai persiapan membina kelompok pemain muda terbaik menjelang temasya Sukan Asia Nagoya 206 dibawah program pembangunan ragbi negara (NRDP).