Home / Lain - Lain / KPT DENGAN KERJASAMA UTeM DAN MASUM ANJURKAN E-SPORTS UNI-LEAGUE 2020 PADA OKTOBER

KPT DENGAN KERJASAMA UTeM DAN MASUM ANJURKAN E-SPORTS UNI-LEAGUE 2020 PADA OKTOBER

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) akan menganjurkan kejohanan E-Sports Uni-League 2020.

Kejohanan ini dijangka berlangsung pada Oktober nanti bertempat di Asian Galaxy E-Sports Hub Melaka.

Dengan tarikan E-Sports yang tersendiri penganjuran sulung ini pasti mendapat sambutan yang luar biasa terutamanya golongan belia.

Dijangkakan 64 pasukan bakal mengambil bahagian untuk bersaing dalam tujuh acara yang dipertandingkan antaranya DOTA2, Mobile Lagends Bang Bang, PUBG Mobile, PES 2020 dan FIFA 2020.

Pusingan awal kejohanan akan berlangsung secara atas talian dan hanya 16 pasukan terbaik setiap acara akan bertempur di Grand Finale bagi merebut hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah RM50,000.