Home / Golf / Kota Permai raikan media dalam kelas tersendiri

Kota Permai raikan media dalam kelas tersendiri

Para Pengamal Media bergambar sebelum kejohanan. Gambar sumber : Kota Permai

Para Pengamal Media bergambar sebelum Kejohanan Golf Media 2015.

KUALA LUMPUR 18 Jun 2015 : Peranan Media sebagai penyalur utama maklumat, memberi publisiti dan menyampaikan hebahan kepada masyarakat mendapat perhatian dan pengiktirafan dari pengurusan Kelab Golf Kota Permai, anak syarikat Gamuda Berhad, apabila mereka menganjurkan Kejohanan Golf Media 2015 bagi meraikan para pengamal media dan para penaja.

Kejohanan yang diadakan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Kemuning, Shah Alam pada hari Selasa yang lalu, dihadiri oleh 80 orang pengamal media dari pelbagai agensi di Malaysia dan Singapura yang dijemput khas untuk bermain di lapangan golf yang menerima pelbagai anugerah antaranya Kelab Golf Terbaik di Malaysia oleh IAGTO Excellence Awards 2015 di Singapura beberapa bulan yang lalu.

Dengan kelajuan green melebihi 12kaki/stimpmeter, keadaan fairway dan green yang berada pada tahap yang terbaik, rata-rata pengamal media yang bermain dalam kejohanan kali ini teruja dan mengakui keunikkan dan keindahan Kelab Golf Kota Permai.

Hal ini juga diakui oleh Encik Tang Meng Loon, Pengurus Besar Kumpulan Gamuda Land Clubs apabila dalam ucapannya di majlis penyampaian hadiah menegaskan bahawa pengurusan beliau komited dalam memastikan Kelab Golf Kota Permai berada pada tahap penyelenggaran yang terbaik untuk terus kekal sebagai salah sebuah kelab golf yang terbaik di Malaysia.

Pengerusi Gamuda Berhad Dato’ Mohammed Hussein menyampiakan hadiah kepada juara kategori Media Cik. Angela Raymond dari Asia Pacific Golf Group

Pengerusi Gamuda Berhad Dato’ Mohammed Hussein menyampaikan hadiah kepada juara kategori Media Cik. Angela Raymond dari Asia Pacific Golf Group

‘Kejohanan golf media yang dianjurkan bukan sahaja mampu merapatkan tali silaraturahim antara pengamal media dan pengurusan malahan memberi peluang kepada pengamal media untuk merasai sendiri kehebatan dan keunikkan yang ada pada Kelab Golf Kota Permai. Ini tanda penghargaan kami kepada para media yang membantu mempromosikan Kelab Golf Kota Permai samaada melalui media elektronik dan juga media cetak.’ – ujar Encik Tang Meng Long.

Encik Tang juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja yang menaja Kejohanan Media 2015 antaranya Transview, Taylormade-Adidas Golf, Crestlink, Titoni, Srixon Malaysia, Letz Travel, Carlsberg, Multipurpose Insurans, Sanbos Malaysia, Hitachi, Samsonite, Healthland, Wellness Plus, Koh Samui, Celebrity Fitness, MuayFit and Horizon Hills.

Turut hadir dalam kejohanan kali ini ialah Pengerusi Gamuda Berhad, Dato’ Mohammed Hussein, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kota Permai, Datuk Haji Abdul Rahman Mohd Ramli dan Pengarah Pembangunan Korporat Encik Goh Khir Chaye.

Dengan format kejohanan yang menggunakan sistem pengiraan Stableford, kejohanan kali ini menyaksikan penguasaan pemain wanita apabila, Cik Angela Raymond dari Asia Pacific Golf muncul juara kategori media apabila berjaya mengumpul 39mata manakala Encik Andrew Ng dari Golf Malaysia di tempat kedua dengan 38 mata dan Encik Arep Kulal dari Sukan Malaysia di tempat ketiga dengan 37 mata.

Sementara itu dalam kategori jemputan, Cik Eileen Fong dari Taylormade Adiddas muncul juara apabila mengumpul 37 mata, Encik Gary Tan dari Carlsberg di tempat kedua dengan 36mata dan Encik Kevin Chan dari Transview berada di tempat ketiga dengan 35mata.

sumber : Kota Permai Golf 

Leave a Reply