Home / Golf / Kota Permai dinobat Kelab Golf terbaik di Malaysia

Kota Permai dinobat Kelab Golf terbaik di Malaysia

Pengarah Eksekutif Gamuda Berhad Dato’ Goon Heng Wah (2 dari kiri) dan Pengurus Kanan Operasi Kelab dan Pembangunan Bandar Gamuda Land Encik Tang Meng Loon (tengah) diapit oleh pengacara World Golf Awards Steve Rider (kiri) dan Ela Clark (kanan)

CARTAGENA (MURCIA), Sepanyol, 28 November 2017 : Kelab Golf Kota Permai hari ini dinobatkan sebagai kelab golf terbaik di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut di Majlis Anugerah Golf Dunia 2017 yang diadakan di La Manga Club, Sepanyol hari ini.

Selepas dicalonkan dan pengundian dilakukan selama beberapa bulan dari serata dunia, Kelab Golf Kota Permai mengalahkan 20 kelab golf yang dicalonkan untuk anugerah berprestig itu seterusnya menjadikan Kelab Golf Kota Permai berjaya mengumpul 3 anugerah berprestig dunia sebagai antara kelab golf yang terbaik.

“Ianya merupakan satu penghargaan dan kebanggaan apabila berjaya mempertahankan anugerah ini untuk 2 tahun berturut-turut di Majlis Anugerah Golf Dunia. Kami amat berbangga dengan anugerah ini dan sudah pasti ianya berbaloi dengan apa yang telah pengurusan dan kakitangan lakukan. Ianya satu persaingan yang sengit dengan calon-calon kelab yang lain yang pasti mengimpikan anugerah paling berprestig ini’.

“Sudah pasti anugerah ini menjadi kejayaan bersama pihak pengurusan dan kakitangan kelab dan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli kelab, rakan niaga, kaum keluarga dan rakan-rakan yang sama-sama memberi sokongan dan bantuan untuk kami berjaya mempertahankan anugerah ini’ ujar Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Operasi Kelab dan Pembangunan Bandar Gamuda, Encik Tang Meng Loon dalam ucapan beliau selepas menerima anugerah itu.

Direka oleh Ross Watson, Kelab Golf Kota Permai (KPGCC) menawarkan lapangan golf 18lubang dihiasi dengan lanskap dan reka bina yang menarik sambil mencabar keupayaan setiap pemain golf yang bermain di lapangan tersebut. Terletak di kawasan pembangunan dan perumahan Kota Kemuning yang dimajukan oleh Gamuda Land, Kelab Golf Kota Permai juga dikenali sebagai Kelab Golf terbaik di Asia dan pernah memenangi pelbagai anugerah antaranya dari HAPA Golf Course Of The Year di  Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA) Regional Series Awards 2016 – 2018.

Sumber : Kelab Golf Kota Permai