Home / Golf / Korda Juara Sime Darby LPGA Malaysia

Korda Juara Sime Darby LPGA Malaysia

AK3_6322

KUALA LUMPUR 11 Oktober 2015 : Jessica Korda dari USA, muncul juara Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2015 yang berakhir di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara, semalam. Lebih manis, kejayaan beliau merupakan kejuaraan pertama yang dimenanginya dalam siri Jelajah LPGA tahun ini.

Korda 22, menamatkan hari terakhir kejohanan dengan enam di bawah par, bagi catatan keseluruhan 266 pukulan, 18 di bawah par untuk muncul juara dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM8.2 juta, hadiah terbesar dalam siri Jelajah LPGA di Asia. Catatan 18 di bawah par, membolehkan Korda mengatasi pencabar terdekat dari New Zealand, Lydia Ko dengan kelebihan empat pukulan.

Korda memulakan hari terakhir kejohanan dengan cemerlang apabila menghasilkan lima birdie sebelum kehilangan satu pukulan selepas melakukan bogey di lubang ke ke 11 namun beliau bangkit kembali dengan dua birdie di lubang ke 11 dan 18 untuk muncul juara kejohanan edisi ke-7 kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*