Home / Lain - Lain / KOAM WASPADA ANCAMAN NOVEL CORONAVIRUS DIKALANGAN ATLET

KOAM WASPADA ANCAMAN NOVEL CORONAVIRUS DIKALANGAN ATLET

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) antara persatuan sukan yang turut mengambil langkah waspada dengan membatalkan penyertaan pada kejohanan yang sepatutnya berlangsung di China pada bila depan.

Selain pembatalan atlet olahraga ke siri pertandingan di China, turut dilaporkan juga pembatalan Olahraga Dalam Dewan Asia di Hangzhu yang sepatutnya berlangsung dari 12 hingga 13 Februari.

Walaubagaimanapun latihan skuad olahraga tetap berjalan seperti biasa di MSN Bukit Jalil dengan atlet diingatkan sentiasa waspada dengan penularan wabak Novel Coronavirus yang sudah menjadi isu global.

Selain itu turut dilaporkan beberapa kejohanan kelayakan Olimpik turut dipinda seperti kelayakan tinju yang dijadualkan di Wuhan 3 hingga 14 Februari yang ditukar ke Amman Jordan.

Kejohanan bola sepak wanita bermula 3 hingga 9 Februari yang melibatkan tuan rumah China, Taiwan, Thailand dan Australia juga dipinda ke Sydney.

Turut terjejas kejohanan siri dunia di Beijing 7 hingga 9 Mac dan perlumbaan basikal jelajah Tour of Hainan di selatan China bermula 23 Februari hingga 1 Mac juga dibatalkan.