Home / Lain - Lain / KOAM sasarkan 5 pingat emas

KOAM sasarkan 5 pingat emas

18 OGOS 2019, BUKIT JALIL : Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) mengumumkan menghantar seramai 44 atlet negara bagi menyertai Sukan SEA Filipina November ini.

Mengetuai senarai ialah Jonathan Nyepa bagi acara 100m lelaki di bawah kategori A sambil satu lagi slot masih dipertimbangkan dikalangan pelari pecut antaranya juara edisi 2017 Khairul Hafiz Jantan dan Mohd Zulfikar Ismail yang turut disenaraikan berada dalam kategori B.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan KOAM pada saingan hari terakhir kejohanan olahraga MAF 2019. Seramai 26 atlet merangkumi lelaki dan wanita layak secara merit iaitu yang memiliki ranking tiga terbaik Asia Tenggara untuk berstatus kategori A yang ditanggung perbelanjaan.

18 lagi atlet dibawa bertanding bawah kategori B iaitu tidak ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyaksikan penyenaraian juara 100m pecut lelaki Khairul Hafiz Jantan yang diletakkan dalam kuartet 4 x 100m lelaki untuk bersaing bersama dengan tiga lagi rakan atlet merebut slot mengiringi Jonathan.

Sasaran KOAM di temasya kali ini adalah untuk membawa pulang 5 pingat emas tapi pada masa yang sama berharap dapat mengatasi kutipan 8 pingat emas yang diperolehi pada edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.