
Skuad Hoki Wanita negara bergambar dengan pingat emas yang dimenangi. Gambar oleh Arep Kulal © Team Mas
KUALA LUMPUR 28 Ogos 2017 – Pasukan hoki wanita negara berjaya meraih pingat emas Sukan SEA Ke-29 selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.
Walaupun dianggap sebagai pasukan pilihan, pasukan negara terpaksa menunggu sehingga minit ke-46 sebelum memecah tembok pertahanan Thailand yang mengamalkan corak permainan bertahan.
Pemain negara Hanis Nadiah Onn berjaya memecah kebuntuan dengan gol padang yang menarik untuk pasukan negara mendahului pasukan Thailand sebelum Nuraini rashid menjadikan kedudukan 2-0, selang seminit untuk memastikan pingat emas pada temasa Kuala Lumpur 2017 ini.
Pingat gangsa milik Singapura yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Indonesia dalam aksi perebutan tempat ketiga.