Home / Lain - Lain / #KL2017 – Panahan emas kedua dari wirawati negara

#KL2017 – Panahan emas kedua dari wirawati negara

Skuad memanah wanita Malaysia bergambar selepas memenangi pingat emas dalam acara compound Sukan Sea 2017, di Sintetic Turf Field, National Sports Centre, Bukit Jalil, Malaysia. Pix by Arep KULAL / TEAM MAS

KUALA LUMPUR 17 August 2017 : Skuad memanah wanita negara berjaya  mempertahankan pingat emas acara compound berpasukan wanita sukan memanah selepas menewaskan Vietnam pada aksi final temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Pingat emas sah menjadi milik Malaysia selepas memenangi panahan penentuan atau shoot off hasil himpunan sebanyak 253 mata mengatasi lawannya dengan kelebihan satu mata.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 225 mata selepas berakhirnya pusingan keempat atau End 4.