Home / Lain - Lain / #KL2017 : Hua Wei hadiahkan emas dari Renang Berirama

#KL2017 : Hua Wei hadiahkan emas dari Renang Berirama

Gan Hua Wei bergambar bersama pingat emas di National Aquatic Centre, Bukit Jalil KL Sports City Gambar oleh Khalid Redza / TEAM MAS

KUALA LUMPUR 17 August 2017 : Gan Hua Wei menceriakan pasukan renang berirama negara apabila meraih pingat emas pertama menerusi acara rutin solo teknikal renang berirama di Pusat Akuatik Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Hua Wei yang mempamerkan aksi memukau berjaya mengutip sebanyak 73.8386 mata, mengatasi perenang pilihan dari Singapura, Debbie Soh Li Fei yang memperoleh 73.8253 mata.

Hua Wei turut berdepan saingan sengit dari seorang lagi atlet Singapura, Miya Yong Hsing yang mencatatkan mata 72.3769 mata dan meraih gangsa.