Home / Lain - Lain / #KL2017 : Emas 111 dari ‘The Pocket Rocket Man’

#KL2017 : Emas 111 dari ‘The Pocket Rocket Man’

Azizul Hasni Awang bergambar selepas memenangi pingat emas yang ke 111 untuk pasukan Malaysia. Gambar Khalid Redza / Team MAS

pix by Khalid Redza

NILAI 28 August 2017 : Malaysia mencapai sasaran pingat emas Sukan Sea 2017  apabila pelumba trek negara, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara di Velodrom Nasional, Nilai, sekaligus mencerahkan harapan negara muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2017 ini.

Azizul yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ yang juga pembawa Jalur Gemilang negara ketika majlis pembukaan KL2017, menghadiahkan emas keramat negara itu menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki.

Terdahulu, Fatehah Mustapa menghadiahkan pingat emas ke-110 apabila menundukkan rakan senegara, Farina Shawati Mohd Adnan dalam kedua-dua pusingan final acara pecut wanita.