Home / Lain - Lain / KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLENGE TARIK 2000 PENYERTAAN

KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLENGE TARIK 2000 PENYERTAAN

Penularan wabak COVID-19 setakat ini tidak menjejaskan persiapan KL Tower International Towerthon Challenge 2020 yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

Setakat hari ini seramai 2000 peserta telah mengesahkan penyertaan edisi kali ke-19 tahun ini.

Pelancaran KL Tower International Towerthon Challenge 2020 yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur bertemakan Challenge Your Limit dilihat bertepatan menguji daya ketahanan fizikal dan mental peserta bagi menawan puncak Menara Kuala Lumpur.

Ini selaras dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib dilawati bagi aktiviti kebudayaan, lasak dan alam semula jadi.

Pada tahun ini sebanyak enam kategori akan dipertandingkan antaranya kategori lelaki dan wanita terbuka (Bawah 40 tahun) , lelaki dan wanita veteren (40 tahun keatas) dan kategori remaja lelaki dan wanita (13-17 tahun).

Hadiah wang tunai keseluruhan RM44,600.00 turut menanti peserta untuk dimiliki.