Home / Lain - Lain / KL THUNDER TERUS DOMINASI STL 2020

KL THUNDER TERUS DOMINASI STL 2020

Dominasi KL Thunder dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) terus gagal disekat mana-mana pasukan setakat ini.

Regu dari ibukota itu menewaskan PDRM Defender 2-0 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan sekaligus mengesahkan kejuaraan bagi musim 2020 sekali pun masih berbaki dua perlawanan lagi.

Kuala Lumpur Thunder yang diwakili Mohd Syahir Mohd Rosdi, Mohd Hanafiah Dollah dan Amirul Zazwan Amir memberikan tentangan PDRM Defender menerusi Mohd Syahmi Hussin, Ahmad Rafizi Abd Razak dan Mohd Shahril Aimil Hakim.

Kehandalan regu KL Thunder terserlah pada penghujung permainan set pertama dengan menyerap tekanan lawan untuk kemenangan awal 21-12.

Syahir sebagai tekong KL Thunder terus memacu kutipan mata pasukannya selepas itu dengan pendahulu liga itu mengesahkan kejayaan milik mereka dengan keputusan 21-16 di set kedua sekaligus merakam kemenangan ke-16 dan mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga kini.