Home / Lain - Lain / KING OF MOUNTAIN CAMERON HIGHLAND 2019 TARIK PENYERTAAN 1,400 PESERTA

KING OF MOUNTAIN CAMERON HIGHLAND 2019 TARIK PENYERTAAN 1,400 PESERTA

Mendaki ketinggian 1100m dari aras laut bukan mudah terutamanya jika berkayuh berbasikal dan dalam perlumbaan.

Namun bagi 1,400 peserta King Of Mountain Cameron Highland 2019 perlumbaan ini antara kejohanan terbaik bagi membuktikan keupayaan diri.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Darul Ridzuan (DRCC), pertandingan King Of Mountain Cameron Highland 2019 kali ini bagi mencari Raja Bukit Cameron Highland di mana peserta perlu berkayuh sejauh 59km.

Kayuhan yang membabitkan dua negeri itu merangkumi laluan mendaki ke puncak bukit serta menempuh beberapa selekoh tajam yang pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta ditambah pula dugaan kenderaan berat yang turut menggunakan jalan yang sama.

Lokasi pelancongan yang terkenal dengan suhu sejuk dan bertekanan tinggi itu juga medan bagi menguji kawalan pernafasan dan penguasaan stamina perlumba sekaligus memberi pengalaman baru buat mereka.

Malah ia turut mempromosikan pelancongan kepada negara luar memandang terdapat peserta dari Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat dan New Zealand.

Secara keseluruhannya sebanyak 12 kategori dipertandingkan pada edisi ke-5 penganjuran yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000.

Danny Feng telah menjuarai kategori road bike lelaki senior walaupun kali pertama menyertai kejohanan ini.