Home / Lain - Lain / Khawari bawa nama Malaysia di persada dunia !

Khawari bawa nama Malaysia di persada dunia !

Ahmad Khawari Isa bergambar semasa Persidangan kali ke 80 Persatuan Penulis Sukan Dunia di Seoul, Korea Selatan. Gambar sumber Facebook

Ahmad Khawari Isa , Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) bergambar semasa Persidangan kali ke 80 Persatuan Penulis Sukan Dunia di Seoul, Korea Selatan. Gambar sumber Facebook

SEOUL, KOREA 12 Mei 2017 ; Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa, mengharumkan nama Malaysia di persada duni apabila berjaya memenangi kerusi jawatankuasa eksekutif, Persatuan Penulis Sukan Antarabangsa (AIPS) bagi penggal 2017-2021.

Pada sessi pemilihan jawatankuasa yang bersidang di Korea Selatan hari ini, Ahmad Khawari yang juga merupakan Naib Presiden AIPS Asia berjaya memperolehi 54undian, kesembilan tertinggi daripada 28 perwakilan yang bertanding untuk merebut 13 kerusi Jawatankuasa Eksekutif.

“Ini adalah satu penghormatan untuk bidang kewartawanan sukan Malaysia. Ia membuktikan Malaysia mampu memberi sumbangan di peringkat tertinggi dunia.

“Insya-Allah, pemilihan ini mampu meningkatkan lagi tahap kewartawanan sukan negara menerusi hubungan dan juga kerjasama yang mampu disalurkan oleh badan dunia,” jelas Khawari.

Dari Meja Sukan Malaysia Dot MY, SYABAS Mr Presiden, semoga terus sukses di persada dunia !!!