Home / Bola Sepak / Khalid Samad pimpin KLFA

Khalid Samad pimpin KLFA

Kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengenai perebutan jawatan presiden sebelum ini sudah pun terjawab.

Ia selepas kongres badan induk itu berjaya diadakan bagi memilih pucuk ahli kepimpinan bagi penggal yang baru.

Bagaimanapun kemenangan mereka sudah dijangka lebih awal memandangkan tujuh jawatan tertinggi itu menang tanpa bertanding.

Suasana kongres pemilihan kali ke-32 yang berlangsung di Kampung Baru berjalan lancar selepas pelbagai isu yang melanda badan induk itu seperti kewujudan 9 ahli gabungan yang mengakibatkan kongres pemilihan terpaksa ditangguhkan sejak tahun lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga pemangku KLFA Khalid Abd Samad berjaya memegang jawatan presiden bersama Datuk Kamaruddin Jaafar dan Datuk Abdullah Sani Abd Hamid sebagai timbalan presiden.

Barisan pucuk kepimpinan 2019/2023 ini rata-ratanya terdiri daripada muka baru kecuali jawatan naib presiden 1 Datuk Astaman Abdul Aziz dan naib presiden 2 Syed Yazid Syed Omar yang berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.