Home / Lain - Lain / KHABAR GEMBIRA MENANTI SAPURA RACING TEAM

KHABAR GEMBIRA MENANTI SAPURA RACING TEAM

Selepas menanti lebih 5 bulan khabar gembira bakal diterima pelumba profesional pasukan Sapura Racing Team dan lain-lain pasukan yang meraih kejuaraan dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020.

Menerusi kemaskini laman sesawang sistem pembayaran hadiah kemenangan (CBM) badan induk berbasikal dunia (UCI) hari ini menunjukkan sudah menunjukkan signifikasi pembayaran yang telah dilakukan oleh penganjur Human Voyage kepada UCI.

Kini ia hanya menanti masa untuk diserahkan kepada pasukan-pasukan yang berhak dalam masa terdekat oleh UCI selepas peringkat pemerosesan terakhir selesai.

Tidak dinafikan tempuh yang agak panjang dinantikan oleh kesemua pasukan yang berjaya mencipta kemenangan pada Le Tour de Langkawi 2020.

Ia pasti memberi kelegaan buat Human Voyage dan menimbulkan kegembiraan buat pemenang-pemenang terutamanya Sapura Racing Team yang merupakan penerima terbesar berjumlah RM141,000.00.

Diharap isu pembayaran kali ini mejadi pengajaran terutamanya kepada penganjur perlumbaan supaya tidak berulang sekaligus akan mencemarkan nama baik Malaysia selain turut menjejaskan prestasi LTDL yang diletakkan dalam status Pro Series.