Home / Bola Sepak / KESEMUA PERSATUAN PERLU SEGERAKAN DOKUMENTASI PENSWASTAAN KELAB – FAM

KESEMUA PERSATUAN PERLU SEGERAKAN DOKUMENTASI PENSWASTAAN KELAB – FAM

Hanya berbaki dua minggu bagi kesemua persatuan menyelesaikan dokumentasi bagi mendapatkan lesen dengan proses pemisahan persatuan bola sepak kepada kelab bola sepak.

Kesemua pasukan perlu melakukannya sebelum tarikh akhir 30 September nanti.

Sekiranya gagal berkemungkinan saingan liga musim 2021 bakal menyaksikan jumlah kecil pasukan yang layak beraksi.

Peringatan terus diberikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perlesenan kelab yang berakhir 31 Ogos ini.

Jika gagal berbuat demikian pasukan kelab dibawah naungan pasukan negeri berkenaan tidak akan dibenarkan untuk menyertai Liga Malaysia musim 2021.

Berdasarkan peratusan yang dikongsi FAM dua pasukan dari Liga Super sudah pun mencapai angka 91 ke 100% bagi status perlesenan kelab.

Bagi proses penswastaan kelab pula segalanya sudah bermula sejak 2017 lagi dengan Konfederasi Bola Sepak Asia sudah menetapkan untuk semua kelab diswastakan pada 2021.

Langkah proaktif turut dilakukan kebanyakan pasukan dalam Liga Malaysia dengan 5 pasukan telah melengkapkan proses penswastaan sementara 8 pasukan lain kini dalam proses akhir.

5 pasukan lain pula sudah memulakan langkah mereka cuma terdapat 3 pasukan masih belum membuat apa-apa untuk menswastakan kelab bola sepak mereka.

“Kemungkinan besar terdapat beberapa pasukan yang tidak dapat menyertai Liga Malaysia akan turun ke Liga M3”, ujar setiausaha FAM Stuart Ramalingam.

Selain berkongsi maklumat berhubung perlesenan dan penswastaan kelab FAM turut menerangkan tentang peraturan perancangan penganjuran lebih banyak pertandingan di peringkat akar umbi.

Ini sekaligus dapat membantu pembangunan bola sepak negara secara menyeluruh.