Home / Golf / MGA mahu tingkatkan program pembangunan.

MGA mahu tingkatkan program pembangunan.

Barisan Jawatankuasa Persatuan Golf Malaysia (MGA) bergambar bersama Presiden MGA, Senator Tan Sri Anwar Mohd Nor (duduk empat dari kiri) selepas selesai mesyuarat agung Persatuan Golf Malaysia. Gambar oleh Arep Kulal

Barisan Jawatankuasa Persatuan Golf Malaysia (MGA) bergambar bersama Presiden MGA, Senator Tan Sri Anwar Mohd Nor (duduk empat dari kiri) selepas selesai mesyuarat agung Persatuan Golf Malaysia. Gambar oleh Arep Kulal

Kuching, 24 May 2015 : Jawatankuasa baru untuk musim 2015/2017 Persatuan Golf Malaysia, (MGA), berazam untuk memberi lebih tumpuan dan meningkatkan kualiti program pembangunan sukan golf di peringkat remaja di seluruh Malaysia. Dalam temuramah bersama media selepas selesai Mesyuarat Agung MGA, Presiden MGA, Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata Jawatankuasa baru MGA akan berusaha untuk meningkatkan program-program pembangunan pemain-pemain muda bagi melahirkan pemain golf yang mampu memberi cabaran di peringkat Asia dan dunia.

“Saya mahu melihat program pembangunan di peringkat akar umbi dilaksanakan secara bersama diantara persatuan negeri, Kementerian Belia dan Sukan dan juga syarikat-syarikat korporat. Ini adalah tanggungjawab bersama semua pihak dalam melahirkan juara dunia dan Jawatankuasa MGA akan berusaha secara lebih aktif untuk mencapai matlamat tersebut’, ujar Senator Tan Sri Anwar Mohd Nor.

Presiden MGA, Senator Tan Sri Anwar Mohd Nor menyampaikan amanat kepada perwakilan mesyuarat AGM MGA.

Presiden MGA, Senator Tan Sri Anwar Mohd Nor menyampaikan amanat kepada perwakilan mesyuarat AGM MGA.

‘Dalam kejohanan Terbuka Malaysia, kita dapat melihat pemain muda Malaysia masih ketinggalan dalam memberi saingan kepada pemain-pemain dari Australia, Singapore dan juga Thailand. Justeru satu langkah segera perlu diambil bagi membolehkan pemain-pemain muda Malaysia mampu bersaing dalam kejohanan akan datang’.

Senator Tan Sri Anwar juga optimis dengan persiapan pasukan golf Malaysia ke Sukan Sea walaupun kehilangan pemain amatur no 1 Malaysia, Gavin Kyle Green yang dijadualkan menjadi pemain profesional pada bulan Jun nanti namun beliau yakin pemain yang dipilih mampu mencapai sasaran pingat yang ditetapkan.

Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Golf Malaysia (MGA); Dari kiri Setiausaha Kehormat, Dato’ Zulkifli Dato’ Ismail, Naib Presiden, Datuk Mohamed Zain Yusuf, Presiden MGA, Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Naib Presiden, Tan Sri Mohamad Nor Abdul Rahim dan Bendahari Kehormat, Andrew Bryan Perera.

Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Golf Malaysia (MGA); Dari kiri Setiausaha Kehormat, Dato’ Zulkifli Dato’ Ismail, Naib Presiden, Datuk Mohamed Zain Yusuf, Presiden MGA, Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Naib Presiden, Tan Sri Mohamad Nor Abdul Rahim dan Bendahari Kehormat, Andrew Bryan Perera.

Senator Tan Sri Anwar Mohd Nor menang jawatan Presiden tanpa bertanding manakala Tan Sri Mohamad Nor Abdul Rahim memenangi jawatan Naib Presiden.

Senarai Penuh Jawatankuasa Persatuan Golf Malaysia 2015/2017 :-

Presiden                              : YB Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor

Naib Presiden                   : Tan Sri Mohamad Nor Abdul Rahim

Naib Presiden                   : Datuk Mohamed Zain Yusuf

Setiausaha Kehormat      : Dato’ Zulkifli Dato’ Ismail

Bendahari Kehormat       : Andrew Bryan Perera

Wakil-wakil Negeri:-

Melaka Representative        : Mohd Rom Muslim

Negeri Sembilan                   :  Zainal Mohamad @ Ghazali

Selangor                                 : Manibalan Kutty

Perak                                       : Teoh Piek Kee

Kedah                                      : Yuzmi Mohd Yusoff

Sarawak                                  : Shahary Alias

Sabah                                      : Datuk George Bandusena

Kuala Lumpur                       : Datuk Mahat Bahari

Kelantan                                 : Hj Ahmad Bahri Hassan

Pahang                                    : Dato’ Jaafar Abdullah

Penang                                    : R Perumal

Leave a Reply