Home / Golf / Kenneth kembali menyengat !

Kenneth kembali menyengat !

Kenneth De Silva muncul juara Kejohanan Golf Tertutup Kinrara 2015. Gambar oleh Arep Kulal / PGM TOUR

Kenneth De Silva muncul juara Kejohanan Golf Tertutup Kinrara 2015. Gambar oleh Arep Kulal / PGM TOUR

BANDAR KINRARA, 24 Januari 2015 : Kenneth De Silva kembali menyengat dalam saingan golf Jelajah PGM apabila muncul juara di Kejohanan Golf PGM Tertutup Kinrara di Kelab Golf Kinrara, Bandar Kinrara, Selangor.

Kenneth 23 tahun, yang mendahului pada saingan pusingan ketiga dengan catatan 9 dibawah par, berjaya menyerap tekanan dengan permainan cemerlang dan mencatatkan -2 pukulan di bawah par pada pusingan terakhir, untuk jumlah keseluruhan 274 pukulan bagi muncul juara dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,600.00 dan trofi kemenangan.

Walaupun diberi cabaran oleh 3 pemain berpengalaman, Sukree Othman, Shaaban Hussin dan R Nachimuthu, Kenneth ternyata lebih tenang dengan mempamirkan pukulan dan putting yang menarik untuk menamatkan kemarau kemenangan beliau selama 2 tahun.

‘Saya mempamirkan permainan yang baik pada hari kedua dan ketiga kejohanan dan ianya memberi saya keyakinan kepada saya pada hari terakhir. Kemenangan ini adalah suntikan semangat buat saya untuk mengharungi musim 2015 dan saya akan dikerumi oleh pemberita seperti ini lebih kerap pada masa akan datang..’-ujar Kenneth selepas kejohanan.

Tempat kedua kejohanan dikongsi bersama oleh juara tahun lalu R. Nachimuthu dan Sukree Othman yang mencatatkan 275 pukulan.

Kejohanan Golf Tertutup Kinrara 2015 adalah kejohanan kedua di dalam kalendar Jelajah PGM 2015.

Keputusan penuh: 

274 – Kenneth De Silva 66-70-68-70

275 – Sukree Othman 65-70-74-66, R. Nachimuthu 68-72-66-69

276 – Nicholas Fung 69-70-71-66

277 – Shaaban Hussin 69-68-69-71

278 – Kemarol Baharin 69-69-71-69, Muhd Wafiyuddin Abdul Manaf 70-70-70-68

279 – Hans Jamil 70-69-68-72, Mohd Amli Mohayideen 70-74-66-69, Mohd Nazri Mohd Zain 73-69-70-67 280 – Airil Rizman Zahari 72-72-68-68

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*