Home / Golf / Kemenangan Daeng beri Malaysia sinar harapan.

Kemenangan Daeng beri Malaysia sinar harapan.

Daeng Abd Rahman bersama piala kemenangan. Gambar oleh Toha Dol / MPI-Saujana

Daeng Abd Rahman bersama piala kemenangan. Gambar oleh Toha Dol / MPI-Saujana

SUBANG, 28 Mei 2015 : Pemain golf amatur negara, Daeng Abd Rahman Abd Aziz menutup mulut pengkritik yang selama ini mempertikaikan kemampuan pemain-pemain golf amatur negara apabila tenang menghadapi tekanan hari terakhir untuk muncul Juara Kejohanan Golf Amatur MPI-Saujana 2015 di Kelab Golf Saujana, Subang, Selangor hari ini.

Daeng, 15 tahun, yang sebelum ini tidak diberi sebarang harapan, memulakan permainan 3 pukulan di belakang pendahulu, Johnson Poh dari Singapura, dengan berhati-hati dan sekadar mencatatkan permainan par, 72 pukulan untuk mengumpul 211 pukulan, namun ianya sudah cukup untuk membawa beliau muncul juara apabila Johnson gagal mengekalkan rentak permainan di lapangan Bunga Raya yang penuh mencabar.

“Saya cuba mengekalkan momentum permainan saya dan cuba menyerap segala tekanan. Peluang buat saya muncul di lubang ke 16 apabila Johnson mencatatkan ‘bogey’ dan saya cuma di belakang beliau dengan 1 pukulan. Di lubang ke 17, saya berjaya mendahului dengan 2 pukulan apabila bola yang dipukul oleh Johnson masuk ke dalam air dan beliau mencatatkan ‘triple bogey’.   Peluang ini saya gunakan sebaik mungkin dan cuba mengurangkan kesilapan di lubang ke 18 dan akhirnya saya berjaya,”ujar Daeng yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Kejayaan di Kejohanan Amatur MPI-Saujana 2015 sudah pasti memberi lonjakan semangat buat Daeng yang akan mengibarkan cabaran skuad negara di Sukan Sea 2015 pada bulan hadapan. Dengan kejayaan muncul sebagai pemain paling muda dan pemain amatur pertama memenangi Jelajah PGM di Kejohanan Golf Tertutup PGM Danau pada awal bulan ini, kejayaan di Kejohanan Amatur MPI-Saujana 2015, Daeng sudah pasti mampu melangkah megah dan seterusnya memberi saingan untuk membawa pulang pingat emas di Sukan Sea 2015 nanti seterusnya menutup mulut pengkritik yang selama ini mengkritik prestasi pemain-pemain golf muda Malaysia.

Dari meja Editor Sukan Malaysia – SYABAS DAENG ABD RAHMAN !!!! 

Keputusan rasmi :

211- Daeng Abd Rahman Abd Aziz 71-68-72

213  – Kevin Caesario Akbar (INA) 70-69-74

214  – Johnson Poh (SIN) 69-67-78;

216– Genki Okada (JPN) 71-74-71

217– Amir Nazrin Jailani 70-74-73

218– Marc Ong (SIN) 70-78-70

219 –  Sadom Kaewkanjana (THA) 71-78-70; Abdul Hadi (SIN) 73-74-72

220 – Sangchai KAewcharoen (THA) 72-71-77; Harrison Endycott (AUS) 73-76-71

222 – Chi Huang (TWN) 72-73-77; Yongxuan Yin (CHN) 71-73-78; Gregory Foo (SIN) 75-72-75

223 –  Fadhli Rahman Soetarso (INA) 74-77-72; Tirto Tamardi (INA) 76-71-76

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*