Home / Golf / Kemarol akhiri kemarau kemenangan

Kemarol akhiri kemarau kemenangan

Kemarol Baharin bersama trofi kemenangan. Gambar oleh Arep Kulal / PGM TOUR

Kemarol Baharin bersama trofi kemenangan. Gambar oleh Arep Kulal / PGM TOUR

SAUJANA IMPIAN, 04 April 2015 : Pemain golf negara, Kemarol Baharin mengakhiri kemarau kemenangan beliau dengan bergaya apabila memenangi Kejohanan Golf PGM UMW Impian di Kelab Golf Saujana Impian, Kajang, Selangor hari ini.

Kemarol yang kali terakhir memenangi Kejohanan Golf PGM I&P Tournament of Champion, pada Januari 2014 yang lalu, ternyata sukar digugat apabila mempamirkan permainan cemerlang dengan mencatatkan 68 pukulan,  -4 di bawah par pada hari terakhir kejohanan untuk mengumpul 271 pukulan, 17 di bawah par keseluruhan.

Tempat kedua dikongsi bersama pemain dari Thailand, Settee Prakongvech dan Sutijet Kooratanapisan yang masing-masing mencatatkan 274pukulan, 14 di bawah par, 3 pukulan di belakang Kemarol.

Dengan kemenangan ini Kemarol Baharin membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30’600.00 dan bonus sebanyak RM7,500.00 dari PGM atas kejayaan beliau muncul pemain Malaysia yang menjuarai sirkit Jelajah ASEAN.

Kejohanan Golf PGM UMW Impian  adalah kejohanan golf di dalam kalendar Jelajah PGM 2015 dan dianjurkan bersama dengan Jelajah ASEAN.

Keputusan teratas PGM: UMW Impian Championship
271 – Kemarol Baharin 67-69-67-68
274 – Settee Prakongvech (THA) 72-65-69-68, Sutijet Kooratanapisan (THA) 69-67-68-70
275 – Natthapong Niyomchon (THA) 73-64-68-70
276 – R. Nachimuthu 72-66-66-72, Donlaphatchai Niyomchon (THA) 69-65-69-73
277 – Shaaban Hussin 73-69-73-62
278 – Pipatpong Naewsuk (THA) 71-69-69-69
280 – Mohd Rizal Amin 70-70-69-71
281 – Tanatchan Puaktes (THA) 70-73-68-70, Airil Rizman Zahari 68-73-68-72

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*