Home / Golf / Kemarau kejayaan bawa Ben ke CIMB Classic

Kemarau kejayaan bawa Ben ke CIMB Classic

Ben Leong bersama trofi yang dimenanginya.

Ben Leong bersama trofi yang dimenanginya. Gambar oleh Khalid Redza / CIMB

KUALA LUMPUR 06 Ogos 2015 : Kemarau kejayaan yang panjang ternyata berbaloi buat pemain golf negara, Ben Leong, apabila beliau muncul juara Kejohanan Golf Sapura Kencana – National Qualifier, seterusnya membolehkan beliau beraksi untuk kejohanan golf PGA CIMB Classic pada 29 Ogos hingga 1 September 2015 nanti di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC).

Ben yang mendahului pusingan akhir dengan 5 pukulan di hadapan ternyata gugup di awal permainan apabila terlalu berhati-hati dan melakukan beberapa kesilapan untuk membolehkan pencabar terdekatnya, bekas pemain nombor satu negara, Danny Chia, merapatkan jurang kepada 2 pukulan di hadapan. Namun malang buat Danny yang telah membuat 2 penampilan di kejohanan PGA CIMB Classic, apabila kecederaan leher yang dialami pada pusingan kedua semalam terus menghantui beliau.

Perjalanan Ben ternyata tidak mudah apabila pemain yang berada di kumpulan hadapan beliau, Kenneth De Silva mempamirkan permainan cemerlang untuk memberi tentangan. Namun Ben ternyata berjaya mengawal rentak permainan beliau untuk terus mendahului dengan 2 pukulan di hadapan untuk menamatkan kejohanan dengan catatan 213 pukulan, 2 dibawah par seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM22,000.00

“Saingan terlalu sengit. saya terlalu berhati-hati dan bimbang dengan saingan yang diberikan oleh Danny, namun apabila memasuki 9 lubang kedua, saya dapati Kenneth pula yang bermain cemerlang. Saya amat gementar namun berjaya mengawal perasaan saya. Saya amat gembira ianya telah berakhir dan pasti kejayaan ini adalah kejayaan paling manis buat saya. Saya mengimpikan untuk bermain di kejohanan PGA dan hari ini mimpi saya menjadi kenyataan”- Ben Leong

Kedudukan teratas:
213 – Ben Leong 71-68-74

215 – Kenneth De Silva 75-72-68

216 – Nicholas Fung 73-74-69

217 – Danny Chia 71-73-73

219 – R. Nachimuthu 71-77-71 220 – Khor Kheng Hwai 77-70-73, S. Sivachandhran 74-73-73, Shaifubari Muda 76-71-73

221 – Chong Chee Ming 76-71-74

222 – Akhmal Tarmizee Nazari 77-71-74, Wilson Choo 72-75-75

223 – Gavin Kyle Green 73-80-70, Mohd Azman Basharuddin 77-73-73, Mohd Rizal Amin 74-77-72, Shaaban Hussin 74-77-72

Leave a Reply