Home / Bola Sepak / #KELAYAKANPIALA ASIA2019 : Lubnan sekat hasrat Malaysia cipta kejayaan.

#KELAYAKANPIALA ASIA2019 : Lubnan sekat hasrat Malaysia cipta kejayaan.

 

Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan Jurulatih Baru Nelo Vingada malam tadi . Gambar oleh Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

JOHOR BAHRU: Harimau Malaya bermula garang dan menampakkan janji kejayaan dalam memulakan perlawanan kempen Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi  namun terpaksa menggigit jari dengan 2 gol pada babak akhir perlawanan untuk melangkah lesu dalam kekalahan pertama skuad bimbingan Jurulatih baru pasukan kebangsaan, Nelo Vingada.

Nelo Vingada pasti mengharapkan satu permulaan yang baik dengan setidak-tidaknya dapat meraih satu mata tetapi pasukan Lubnan dapat menjaringkan gol pada saat akhir oleh Rabih Ataya yang dimasukkan pada separuh masa kedua.

Shafiq Rahim masih diberi kepercayaan sebagai Ketua pasukan Harimau Malaya. Gambar oleh Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

Rabih Ataya memang menjadi duri dalam daging kepada benteng Harimau Malaya dengan kawalan bola dan gelecekan yang kemas dan menghasilkan dua gol sekaligus memadamkan jaringan Mahali Jasuli pada minit ke-43 dengan melakukan satu sepakan lencong cantik pada minit ke-79 dan satu lagi gol pada minit ke 93 .

Lubnan yang dibimbing Miodrag Radulovic kini mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan selepas menewaskan Hong Kong 2-0, Mac lalu untuk menerajui kumpulan B manakala Malaysia di kedudukan tercorot dengan kosong mata. Bagaimanapun Malaysia hanya baru beraksi satu perlawanan apabila aksi menentang Korea Utara ditunda, 5 Oktober depan.

Dalam satu lagi pertembungan, Hong Kong berjaya mengikat Korea Utara dilaman sendiri untuk berkongsi mata selepas terikat 1-1.


Laporan : Hisyam Rahman / SukanMalaysiaDotMY