Home / Bola Sepak / Kelayakan AFC B19 : Harapan digalas pasukan B18 negara di Kemboja

Kelayakan AFC B19 : Harapan digalas pasukan B18 negara di Kemboja

Senarai 23 pemain yang diumumkan bagi mengharungi saingan kelayakan kejuaraan AFC B19 di Phnom Penh dilihat yang terbaik berjaya dibentuk Brad Maloney.

Bagaimana pun selepas kegagalan skuad B16 dan B23 untuk ke kejohanan utama tekanan pastinya dirasai barisan pemain untuk membawa Malaysia ke Uzbekistan tahun hadapan.

” Ini 23 pemain terbaik yang telah dipilih dan bagi kami mereka telah bekerja keras beberapa minggu ini. Kami dapat melihat petanda positif ketika aksi persahabatan dan latihan. Menunggu aksi pembukaan yang dijangka sukar menentang tuan rumah Kemboja namun saya mengharapkan pemain-pemain akan bermain baik pada hari itu”, ujar Brad Maloney.

Malaysia akan menentang Kemboja pada sabtu ini kemudiannya akan berehat selama tiga hari sebelum menentang Brunei pada 6 November.

Ini diikuti dengan perlawana ketiga menentang Kepulauan Mariana Utara dua hari berselang dan Thailand menanti pada 10 November.

Sudah semestinya skuad B18 kini menjadi harapan untuk meletakkan nama Malaysia di pusingan seterusnya selepas gagal dilaksanakan skuad B16 dan B23 negara.