Home / Golf / Kelab Golf Kota Permai rangkul Anugerah Asia dan Dunia.

Kelab Golf Kota Permai rangkul Anugerah Asia dan Dunia.

Penerima Anugerah Kelab Golf Terbaik di Malaysia di Anugerah Golf Dunia, Kelab Golf Kota Permai diwakili oleh En Tang Meng Loon (Director, Club Operations – GROUP) (kiri) dan Dato’ Goon Heng Wah (Executive Director, Gamuda) (kanan) © KPGCC

KUALA LUMPUR, 16 September 2018 : Kelab Golf Kota Permai (KPGCC) kekal menjadi Kelab Golf Terbaik di Malaysia apabila menyapu bersih Anugerah utama di Majlis Anugerah Golf Dunia 2018 (2018 World Golf Award) di La Manga Club di Madrid, Sepanyol dan Majlis Anugerah Golf Asean (Asian Golf Awards) di Hyatt Regency Hotel, Bangkok, Thailand.

Memenangi Anugerah Kelab Golf Terbaik di Malaysia (Malaysia’s Best Golf Course) untuk kali ke-4 berturut-turut di majlis paling berprestij dalam industri golf dunia merupakan pencapaian terbaik buat Kelab Golf Kota Permai.

Kejayaan gemilang di Sepanyol disambung dengan berita gembira di Bangkok, Thailand apabila penantian selama 4 tahun berakhir dengan Kelab Golf Kota Permai dianugerahkan sebagai Kelab Golf Terbaik di Malaysia di Majlis Anugerah Golf Asean (Asian Golf Awards).

Barisan kakitangan KPGCC meraikan kejayaan di Majlis Anugerah Asean. Dari kiri – Lee Chee Keen (Manager, Golf Course Maintenance – GROUP), Evelyn Wong (Assistant Manager, HR – HHGCC), Lee Ai Ling (Assistant GM, Finance – GROUP), Sheren Yong (Assistant General Manager, Club Operations – KPGCC), Saw Wah Theng (Executive Director, Gamuda), Dato’ Goon Heng Wah (Executive Director, Gamuda), Tang Meng Loon (Director, Club Operations – GROUP), Vivien Gnananantham (Manager, Marketing Communications – GROUP), Ong Seng Kiat (Assistant General Manager, Club Operations – HHGCC)

Lebih manis, Pengarah Kelab, Encik Tang Meng Loon turut diraikan dalam majlis induksi atas kelayakkan beliau dipilih sebagai Awards’ Legion of Leaders, kelayakkan hanya hanya diberi kepada 10 individu terbaik di Asia dalam industri sukan golf.

Kejayaan berganda yang diraih oleh Kelab Golf Kota Permai sudah pasti tercatat dalam sejarah 20 tahun penubuhan kelab apabila ini merupakan kali pertama Kelab Golf Kota Permai dianugerah sebagai Kelab Golf Terbaik di Malaysia oleh badan dunia dan asia didalam tahun yang sama.

“Ini merupakan tahun yang luar biasa bagi kami apabila berjaya merangkul Anugerah Golf Asia dan diiktiraf di Anugerah Golf Dunia sebagai Kelab Golf Terbaik di Malaysia untuk kali keempat dalam sejarah lima tahun WGA. Kami sangat gembira dengan pencapaian ini sebagai penutup kejayaan tahun 2018 dan sebagai hadiah paling manis sempena ulang tahun ke-20 KPGCC, “ujar Tang.

Direka oleh Ross Watson, Kelab Golf Kota Permai menawarkan pengalaman bermain golf dilapangan 18 lubang, dengan fairway yang terawat baik, beralun dan mencabar serta disajikan dengan kelajuan ‘green’ antara 10.5 dan 12 pada Stimpmeter .