Home / Bola Sepak / KEKALAHAN DIAIBKAN FILIPINA BERI TEKANAN BUAT MALAYSIA

KEKALAHAN DIAIBKAN FILIPINA BERI TEKANAN BUAT MALAYSIA

Segalanya serba tidak menjadi buat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika turun menentang tuan rumah Sukan SEA Filipina di Stadium Memorial Rizal.

Pada aksi separuh masa pertama kesilapan demi kesilapan tidak mendapat rentak terus membayangi aksi pemain muda negara dan ia bagaikan petanda awal Malaysia bakal tumbang di bumi Manila.

Besambung babak kedua menyaksikan kebangkitan yang cuba dilakukan skuad kebangsaan dengan memasukkan dua pemain B18 tahun negara Luqman Hakim Samsuddin dan Omar Hakeem tidak banyak merubah rentak pasukan negara.

Sumpahan 28 November 1991 akhirnya benar-benar berlaku apabila kapten pasukan Stephan Shrock memecah kebuntuan gol menerusi satu sepakan penjuru yang mengelirukan pada minit ke-72 dan ia merupakan gol kemenangan pertama buat Filipina sepanjang aksi tiga perlawanan kumpulan A setakat ini.

Bagi Datuk Ong Kim Swee ia kekalahan yang amat memalukan sekalipun sedar peluang ke peringkat seterusnya masih terbuka.

“Ini bukan keputusan yang baik untuk kami. Kami bolos menerusi situasi bola mati, tetapi ia menunjukkan bahawa Filipina lebih baik pada malam ini (semalam) dan mereka lebih agresif daripada kami. Kami harus malu dengan keputusan ini tetapi dari segi matematik kami masih mempunyai peluang ke peringkat seterusnya”, reaksi oleh Datuk Ong Kim Swee.

Sementara itu pemain tengah negara Syamer Kutty Abba memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Kekalahan ini sememangnya tidak diduga dan Syameer mengakui kelemahan pasukannya.

Ketika ini skuad B22 tahun negara menghuni tangga keempat dalam kumpulan A selepas dua aksi perlawanan.

Tiada jalan lain selain wajib menang keatas Timur Leste pada 2 Disember ini dan Kemboja dua hari kemudian untuk layak ke peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2019.