Home / Lain - Lain / KEJOHANAN WORLD FINALS F1 IN SCHOOLS ABU DHABI 2019 : PETRONAS ACCURA RACING SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM KUANTAN CIPTA SEJARAH

KEJOHANAN WORLD FINALS F1 IN SCHOOLS ABU DHABI 2019 : PETRONAS ACCURA RACING SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM KUANTAN CIPTA SEJARAH

Seramai 19 pelajar dari 4 buah sekolah dari Malaysia menimba pengalaman paling berharga apabila mereka ditaja Petronas untuk menyertai pertandingan rekabentuk kereta mini F1 pada Kejohanan World Finals F1 In Schools di Abu Dhabi.

55 pasukan dari 22 negara menyertai Kejohanan World Finals F1 In Schools. Petronas menaja empat buah sekolah ke World Finals F1 In Schools adalah Sekolah Menengah Sultanah Hajjah Kalsom Kuantan Pahang, Pusat Genius @ Pintar UKM, Sekolah Menengah Agama Johor Bahru, Johor dan Garden International School Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Kesemua 19 pelajar-pelajar ini telah menyertai pertandingan yang telah pun bermula sejak 22 hingga 27 November lalu ditaja oleh Petronas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Foto : FB F1 In Schools Malaysia

Pada pertandingan ini mereka perlu membentangkan kertas kerja untuk membina sebuah model kereta mini F1 yang akan dinilai panel khas merangkumi aspek antaranya sistem penilaian kejuruteraan, kepimpinan, kreativiti serta penilaian projek pada litar sepanjang 20 meter di Duporos Island Abu Dhabi.

Dan penampilan sulung pasukan Petronas Accura Racing SMK Sultanah Hajjah Kalsom Kuantan Pahang nyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai pemenang Best Collaboration Team bersama pasukan dari China.

Foto : FB F1 In Schools Malaysia

Kesemua pelajar-pelajar tersebut juga berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan juara F1 enam kali dan juga pelumba negara Mercedez AMG Petronas Luis Hamilton yang turut meluangkan masa bermain GoKart bersama mereka.

Foto : FB F1 In Schools Malaysia

Selain dari itu juga pelajar-pelajar ini turut dikunjungi Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Sir Hariah Abdul Rahman yang hadir mengucapkan tahniah dan syabas atas prestasi dan kejayaan yang ditampilkan sepanjang pertandingan World Finals F1 In Schools Abu Dhabi.

Untuk rekod selain Malaysia, secara keseluruhannya sebanyak 55 pasukan dari 22 negara menyertai pertandingan ini antaranya Australia, Austria, Brazil, England dan Jerman.