Home / Lain - Lain / Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting – Selangor 2019 tarik 224 penyertaan luar dan dalam negara

Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting – Selangor 2019 tarik 224 penyertaan luar dan dalam negara

Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting – Selangor kembali buat kali ke-17 tahun ini menyaksikan seramai 224 pemain dalam dan luar negara.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Persatuan Tenis Selangor (STA) diadakan bagi mempergiatkan pembangunan akar umbik sukan ini.

224 pemain dijangka mengambil bahagian terdiri daripada tujuh negara iaitu tuan rumah, Filipina, Singapura, Indonesia, Vietnam, Tajikistan dan Uzbekistan.

Saingan diperuntukan kepada pemain bermula 8 tahun hinggalah ke 16 tahun bagi kategori perseorangan, beregu remaja lelaki dan perempuan.

Empat venue di sekitar bandar Petaling Jaya digunakan untuk kejohanan ini yang bermula 23-27 November ini.

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,600 beserta pingat dan sijil.

Setiap pemain yang menyertai kejohanan ini akan mendapat ranking point (national ranking) dari pusingan pertama sehinggalah ke pusingan akhir.