Home / Lain - Lain / Kejohanan Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka 2019 tarik penyertaan 1,200 pesilat tempatan dan antarabangsa

Kejohanan Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka 2019 tarik penyertaan 1,200 pesilat tempatan dan antarabangsa

Kejohanan Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka 2019 yang akan berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat bakal menyaksikan 1200 pesilat tempatan dan antarabangsa bakal berentap pada 25-30 November ini.

Kejohanan edisi ke-10 ini juga diharap dapat menjadi platform untuk melahirkan bakat baru dalam sukan warisan berkenaan.

Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama UTHM serta mendapat kerjasama dengan Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) membabitkan penyertaan keseluruhan daripada 96 pasukan yang mewakili 11 negara.

70 pasukan berkenaan termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Belanda dan Yaman akan berentap bagi kategori institusi pengajian tinggi (IPT) antarabangsa manakala bakinya akan berada dalam kategori tempatan.

33 pasukan pula akan menyertai kategori seni silat asli terbuka dalam kejohanan yang mempertandingkan lima kategori dan menawarkan 49 pingat emas keseluruhan.

Menurut Dr Pekan Ramli selaku Ketua Penolong Setiausaha Kanan Unit Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk menguji pesilat muda untuk diketengahkan sebagai pelapis kebangsaan menerusi pendedahan bersaing di peringkat lebih tinggi.

Untuk rekod tahun lalu Malaysia muncul juara keseluruhan pada pertandingan yang turut berlangsung di Batu Pahat.