Home / Lain - Lain / Kejohanan Ragbi Cobra 10s ke-49 2019

Kejohanan Ragbi Cobra 10s ke-49 2019

Kelab ragbi tertua negara Cobra meneruskan penganjuran Kejohanan Ragbi Cobra 10s 2019.

Memasuki edisi ke-49 tahun ini kejohanan sederhana akan diadakan dengan penyertaan 12 pasukan berbanding 16 pasukan sebagaimana lazim sebelum ini.

Ia adalah bertujuan untuk memberi keutamaan kepada penganjuran 2020 yang mana kejohanan menjangkau usia 50 tahun.

Namun saingan tahun ini tetap menarik menerusi penyertaan lapan pasukan luar dari empat negara iaitu Indonesia, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.

Kejohanan Ragbi Cobra 10s akan berlangsung pada 9-10 November ini bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).