Home / Lain - Lain / KEJOHANAN RAGBI ASIA DIVISYEN 2 : MALAYSIA TUNDUKKAN UAE UNTUK MENDAKI KE DIVISYEN 1

KEJOHANAN RAGBI ASIA DIVISYEN 2 : MALAYSIA TUNDUKKAN UAE UNTUK MENDAKI KE DIVISYEN 1

Sukan ragbi menutup kalendar 2019 dengan penuh bergaya menyaksikan pasukan pelapis kebangsaan B19 negara layak ke Kejohanan Ragbi Asia B20 divisyen 1 tahun hadapan.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan kemenangan tipis 15-14 petang tadi.

Pada perlawanan kedua ragbi Asia divisyen 2 di padang A Universiti Putra Malaysia turun dengan misi mencari kemenangan mutlak selepas terikat 12-12 Ahad lalu.

Pasukan tuan rumah jelas mendominasi babak pertama apabila mencatat 15-11 hasil dua try berturut-turut oleh Ahmad Zulhimi Azizan.

Bagaimanapun momentum itu sedikit terbantut di babak kedua apabila Malaysia dilihat lebih banyak bertahan.

UAE mempamerkan kebangkitan apabila meraih 2 mata hasil penalti Alister Hayes untuk mengurangkan defesit jaringan kepada 15-14.

Namun ia tidak memadai buat pelawat yang banyak menyerang di hujung perlawanan sekaligus Malaysia menang dengan agregat 17-15.

Untuk rekod ini penampilan kedua skuad B19 negara bersaing di divisyen 1. Kali terakhir adalah pada edisi 2017 menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga.

Lawan menanti pasukan negara pada hujung Disember tahun hadapan adalah Sri Lanka, Filipina dan Thailand.